Monday, 24 November 2014

Hari graduasi Tabika

Ini adalah program terakhir untuk tabika pada tahun ini. Hari Graduasi ini diadakan di perkarangan Blok A PPR Desa Petaling. Semua murid terlibat di dalam program ini. Pada awal program, anak murid saya, Irisha Rania Qarisma selaku wakil murid Tabika Perpaduan Desa Petaling telah memberikan ucapan penghargaan kepada para guru yang telah mengajar murid-murid dan kepada ibubapa yang setia memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

murid-murid beratur didalam barisan mengikut kelas masing-masing.

Irisha memberikan ucapan penghargaan.

Murid sedang mengambil hadiah dan sijil.


 Diharapkan agar murid-murid semua terus berjaya dan cemerlang pada masa akan datang :)

Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak

Kali ini, sambutan hari jadi kanak-kanak diadakan di Merry Brown Kuchai Lama bagi meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Julai,Ogos, September,Oktober,November dan Disember. Sebanyak 3 kelas yang menyertai sambuta hari jadi ini. Kami bergerka ke lokasi dengan menaiki bas. Murid-murid sangat gembira semasa dalam perjalanan dan mereka tidak sabar untuk sampai.










Lembaran Kerja



Lembaran Kerja Bahasa Melayu

Lembaran Kerja Bahasa Inggeris

Lembaran Kerja Matematik