Saturday, 31 January 2015

Latarr Belakang Tabika saya

NAMA TABIKA : KELAS TABIKA PERPADUAN PPR DESA PETALING ‘B’

 LATAR BELAKANG : DITUBUHKAN PADA TAHUN 2003

 PENUBUHAN : DIBAWAH PENTADBIRAN JABATAN PERPADUAN & INTEGRASI NASIONAL DAERAH CHERAS WPKL : DISELENGGARAKAN OLEH RUKUN TETANGGA PPR DESA PETALING DAERAH CHERAS, KL.

 NAMA PPD CHERAS : PUAN HABIBAH BINTI JAAFAR

 NAMA PPP CHERAS : PUAN NORFAZLINA BINTI REDWAN

 NAMA PENGERUSI : ENCIK OSMAN BIN RAPUN

 JAWATANKUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN (JPTP)

 NAMA GURU : NORSEHA BINTI IDRIS

NAMA PENOLONG GURU : SHAHARIAH BINTI AWANG

WAKTU KELAS : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

JUMLAH MURID : 24 Orang

 JUMLAH MURID MENGIKUT KAUM :

MELAYU      : 19 orang
CINA             : -
INDIA           : 3 orang
 LAIN-LAIN : 2 orang
JUMLAH      : 24 orang

Saturday, 24 January 2015

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KSPK digubal berdasarkan kepada Prinsip Alamalan Bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid, inkuiri penemuan, belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu adalah ditekankan. Kriteria pemilihan aktiviti memberi keutamaan kepada pengalaman yang menyuburkan, penglibatan aktif, selamat dan menyeronokkan.

KSPK menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti membina kecerdasan badan, mempunyai tubuh badan yang sihat, mempraktikkan amalan kesihatan yang baik, mempratikkan langkah-langkah keselamatan diri, menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar, mempunyai kematangan emosi, mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri, berani menyuarakan pandangan dan perasaan, berkebolehan berinteraksi dengan orang lain, boleh bekerja secara sendirian dan juga bekerja secara berkumpulan, menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya, mengamalkan nilai-nilai murni, mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, berkomunikasi menggunakan bahasa malaysia , bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian,  Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas, menggunakan tugasan harian dan menyelesaikan masalah, menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian, mengembangkan daya kreatif dan estetika serta menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak akan memperolehi konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembealjaran ke sekolah rendah kelak.

Standard kandungan dan Standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut :-


  • Tunjang Komunikasi : Kemahiran berbahasa, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
  • Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai : amalan agama dan kepercayaan , sikap dan nilai.
  • Tunjang Sains dan Teknologi : Pendekatan inkuri, pengetahuan sains, keemahiran saintifik dan sikap saintifik, pengetahuan dan kemahiran matematik. ICT.
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika : Perkembangan Jasmani dan Kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukkan daya imaginasi, kreatif, bakat dan aprisiasi.
  • Tunjang Kemanusiaan : Ilmu dan amalan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. 
  • Tunjang Keterampilan Diri : Pemupukkan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.
Pendidikan Prasekolah dilaksanakan modu asas dan modul bertema. Secara umumnya modul asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M (Membaca, Menulis, Mengira, Menaakul). Ia juga merangkumi Pendidikan Islam dan Moral. Manakala pengajaran dan pelajaran modul bertema menyepadukan kesemua tunjang dalam kurikulum prasekolah kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan moral dan matematik. guru boleh menentukan tema pembelajran mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa.