Monday, 24 November 2014

Hari graduasi Tabika

Ini adalah program terakhir untuk tabika pada tahun ini. Hari Graduasi ini diadakan di perkarangan Blok A PPR Desa Petaling. Semua murid terlibat di dalam program ini. Pada awal program, anak murid saya, Irisha Rania Qarisma selaku wakil murid Tabika Perpaduan Desa Petaling telah memberikan ucapan penghargaan kepada para guru yang telah mengajar murid-murid dan kepada ibubapa yang setia memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

murid-murid beratur didalam barisan mengikut kelas masing-masing.

Irisha memberikan ucapan penghargaan.

Murid sedang mengambil hadiah dan sijil.


 Diharapkan agar murid-murid semua terus berjaya dan cemerlang pada masa akan datang :)

Sambutan Hari Jadi Kanak-Kanak

Kali ini, sambutan hari jadi kanak-kanak diadakan di Merry Brown Kuchai Lama bagi meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Julai,Ogos, September,Oktober,November dan Disember. Sebanyak 3 kelas yang menyertai sambuta hari jadi ini. Kami bergerka ke lokasi dengan menaiki bas. Murid-murid sangat gembira semasa dalam perjalanan dan mereka tidak sabar untuk sampai.










Lembaran Kerja



Lembaran Kerja Bahasa Melayu

Lembaran Kerja Bahasa Inggeris

Lembaran Kerja Matematik

Wednesday, 15 October 2014

REFLEKSI

Assalammualaikum

Sepanjang saya belajar Pengurusan Sumber di PIG Ilmu Khas saya telah banyak mempelajari ilmu untuk membuat blog dengan bimbingan pensyarah Puan Haslina barulah saya tahu inilah blog.


         Ada orang menggunakan blog ini sebagai tempat meluahkan perasaan dan ada juga yang gunakan sebagai medium untuk berkongsi maklumat. Bagi saya, saya ingin berkongsi kenangan dengan semua pembaca saya, kenangan saya sebagai seorang guru tabika. 

        Bagi saya membuat blog ini tidak sukar tetapi kerana kekangan masa dan tugasan hakiki yang perlu dilakukan maka saya akan membukanya sekala sekala sahaja jika saya berkelapangan.


        Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu saya membuat blog kerana pada mulanya, agak sukar saya ingin membuat blog  ini tetapi setelah mendapat bantuan daripada anak saya dan  kawan- kawan serta tunjuk ajar dari pensyarah saya, Puan Haslina, akhirnya saya berjaya juga membuat blog ini. 




Monday, 29 September 2014

AKTIVITI KANAK2

 Banyak aktiviti yang saya jalankan bersama murid saya semasa P&P. Mereka sungguh gembira dan teruja ketika melaksanakannya. Saya berasa lega dan senang hati melihat mereka gembira. 

Ini semasa minggu tema Buah-buahan. Mereka membuat jus tembikai sendiri dengan bimbingan saya. Mereka bersungguh-sungguh membuat jus itu. Saya dapat lihat mereka bekerjasama dan saling tolong-menolong ketika aktiviti ini. 

 Ini semasa mereka membuat bentuk buah-buahan menggunakan doh. Saya bahagikan mereka dalam kumpulan supaya senang mereka membuatnya bersama-sama. 
 Ini pula gambar mereka membuat rojak buah. Mereka tidak mengenali buah sengkuang jadi saya tunjukkan mereka bagaimana bentuk buah sengkuang. 


 Ini pula percubaan pertama kali mereka membuat lempeng pisang. Sama seperti melakukan aktiviti sebelumnnya mereka sangat teruja dan bersungguh-sungguh. 

Ini semasa tema Bunga. Aktiviti membuat bunga hiasan menggunakan barang kitar semula. 

 Ini aktiviti membuat eksperimen hujan. 

Membuat Jalur Gemilang sendiri

Hasil lukisan masing-masing yang telah siap.

Mengibar Jalur Gemilang


Kawad kaki

Ini minggu Kemerdekaan. Pada minggu itu, saya membawa mereka keluar kelas untuk aktiviti mengibar Jalur Gemilang dan kawad kaki. Itulah kali pertama mereka merasakan suasana menyambut hari Kemerdekaan. Saya ingin menerapkan semangat patriotik didalam diri mereka sejak kecil lagi supaya mereka terus menyayangi tanah tempat tumpahnya darah mereka ini.

Ini gambar semasa minggu Kenderaan. Saya menyuruh mereka mencipta sebuah replika bas sekolah dan itulah hasilnya.


 Diatas ini pula gambar mereka bergotong-royong mengemas kelas. Mereka pandai bertoleransi sesama mereka dan bekerjasama dengan baik. Saya ingin mempupuk semangat kerjasama antara mereka tidak kira bangsa.
Selepas melihat gambar-gambar diatas, anda dapat lihat anak murid saya kreatif dan bersemangat bukan? Itulah anak-anak murid saya :) Saya sangat bangga menjadi guru mereka dan saya beerharap mereka akan menjadi seorang yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang !

Sunday, 1 June 2014

TERIMA KASIH GURU

Dalam ajarannya ada harapan, Dalam tegurnya ada doa, Dalam marahnya ada sayang, Dalam diamnya ada kebijaksanaan, Dalam tangannya ada sahsiah terbina ... 
 Gambar semasa Sambutan Hari Guru Peringkat WPKL 2014




Sambutan Hari Guru Daerah Cheras 2014







Ucapan yang sungguh bermakna buat saya yang bergelar guru :)

Anak anak muridku yang comel.