Assalammualaikum
Sepanjang saya belajar Pengurusan Sumber di PIG Ilmu Khas saya telah banyak mempelajari ilmu untuk membuat blog dengan bimbingan pensyarah Puan Haslina barulah saya tahu inilah blog.
Ada orang menggunakan blog ini sebagai tempat meluahkan perasaan dan ada juga yang gunakan sebagai medium untuk berkongsi maklumat. Bagi saya, saya ingin berkongsi kenangan dengan semua pembaca saya, kenangan saya sebagai seorang guru tabika.
Bagi saya membuat blog ini tidak sukar tetapi kerana kekangan masa dan tugasan hakiki yang perlu dilakukan maka saya akan membukanya sekala sekala sahaja jika saya berkelapangan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu saya membuat blog kerana pada mulanya, agak sukar saya ingin membuat blog ini tetapi setelah mendapat bantuan daripada anak saya dan kawan- kawan serta tunjuk ajar dari pensyarah saya, Puan Haslina, akhirnya saya berjaya juga membuat blog ini.
Tahniah good try Seha!!!, Tambah lagi pautan ke laman lain ya...
ReplyDelete