Banyak aktiviti yang saya jalankan bersama murid saya semasa P&P. Mereka sungguh gembira dan teruja ketika melaksanakannya. Saya berasa lega dan senang hati melihat mereka gembira.
Ini semasa minggu tema Buah-buahan. Mereka membuat jus tembikai sendiri dengan bimbingan saya. Mereka bersungguh-sungguh membuat jus itu. Saya dapat lihat mereka bekerjasama dan saling tolong-menolong ketika aktiviti ini.
Ini semasa mereka membuat bentuk buah-buahan menggunakan doh. Saya bahagikan mereka dalam kumpulan supaya senang mereka membuatnya bersama-sama.
Ini pula gambar mereka membuat rojak buah. Mereka tidak mengenali buah sengkuang jadi saya tunjukkan mereka bagaimana bentuk buah sengkuang.
Ini pula percubaan pertama kali mereka membuat lempeng pisang. Sama seperti melakukan aktiviti sebelumnnya mereka sangat teruja dan bersungguh-sungguh.
Ini semasa tema Bunga. Aktiviti membuat bunga hiasan menggunakan barang kitar semula.
Ini aktiviti membuat eksperimen hujan.
|
Membuat Jalur Gemilang sendiri |
|
Hasil lukisan masing-masing yang telah siap. |
|
Mengibar Jalur Gemilang |
|
Kawad kaki |
Ini minggu Kemerdekaan. Pada minggu itu, saya membawa mereka keluar kelas untuk aktiviti mengibar Jalur Gemilang dan kawad kaki. Itulah kali pertama mereka merasakan suasana menyambut hari Kemerdekaan. Saya ingin menerapkan semangat patriotik didalam diri mereka sejak kecil lagi supaya mereka terus menyayangi tanah tempat tumpahnya darah mereka ini.
Ini gambar semasa minggu Kenderaan. Saya menyuruh mereka mencipta sebuah replika bas sekolah dan itulah hasilnya.
Diatas ini pula gambar mereka bergotong-royong mengemas kelas. Mereka pandai bertoleransi sesama mereka dan bekerjasama dengan baik. Saya ingin mempupuk semangat kerjasama antara mereka tidak kira bangsa.
Selepas melihat gambar-gambar diatas, anda dapat lihat anak murid saya kreatif dan bersemangat bukan? Itulah anak-anak murid saya :) Saya sangat bangga menjadi guru mereka dan saya beerharap mereka akan menjadi seorang yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang !
No comments:
Post a Comment